Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan5 September 2026

Penyampaian Anugerah Pavillion Negeri Terbaik MAHA 2026

SERDANG, 5 September 2026 – Majlis Penyampaian Anugerah Pavillion Negeri Terbaik berlangsung di Dewan A, MAEPS Serdang pada jam 10.45 pagi, sempena hari akhir MAHA 2026.

Anugerah ini diberikan kepada pavillion negeri yang menunjukkan kecemerlangan dalam persembahan pameran, kreativiti dekorasi dan penglibatan aktif sepanjang MAHA 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di MAEPS, Serdang.

Pengiktirafan ini bertujuan menggalakkan semangat kecemerlangan dan persaingan sihat dalam kalangan negeri-negeri yang menyertai MAHA 2026, sekaligus meraikan usaha dan dedikasi setiap pavilion dalam mempromosi produk dan warisan negeri masing-masing.

← Semua berita